Resepi Maggi Mi Goreng Ala Jepun

0 comments

Resepi Maggi Mi Goreng Ala Jepun
Oleh : Chef Muluk

        Bahan–bahan Utama:
        1 bungkus Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas
        10 keping Rumpai Laut Jepun
        1 sudu teh 'Wasabi' Bermayonis

        Bahan-bahan A:
        100gm Jejari Ketam (dihiris halus)
        100gm Timun (dihiris halus 8 cm panjang)
        100gm Lobak Merah (dihiris halus 8 cm panjang)

    Cara-cara penyediaan:
    Masak Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas seperti biasa.
    Letakkan Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas di atas rumpai laut jepun.
    Kemudian sapukan 1 sudu teh ‘wasabi’ bermayonis dan susu Bahan-bahan A.
    Gulung kemas dan hidangkan.

Resepi Quesadilla

0 comments

    Resepi Quesadilla  
    Oleh : Azlina Masterchef

        Bahan-bahan:
        150gm Keju Cheddar (disagat besar)
        ½ biji Bawang Besar (dihiris halus)
        5 biji Buah Zaitun Hitam (dihiris)
        3 Keping Roti Tortilla (dipanaskan sehingga garing)

        Bahan-bahan Ayam:
        ½ keping Dada Ayam (dihiris)
        1 sudu kecil Serbuk Paprika
        Garam dan Lada

        Bahan-bahan Tumisan Lada Benggala:
        ¼ biji Lada Benggala Merah (dihiris halus)
        ¼ biji Lada Benggala Hijau (dihiris halus)
        Garam dan Lada


    Bahan-bahan Guacomole:
    1 biji Avocado (didadukan)
    1 sudu kecil Jus Lemon
    2 sudu besar Bawang Besar (dicincang)
    Garam dan Lada
    1 biji Tomato Ceri
    1 Bunga Daun Ketumbar

    Bahan-bahan Salsa Tomato:
    1 biji Tomato (didadukan)
    10gm Daun Ketumbar (dicincang halus)
    1 sudu kecil Jus Limau Kasturi
    Garam dan Lada

    Bahan-bahan Krim Masam:
    ½ Cawan Krim Masakan
    1 sudu besar Jus Lemon


    Cara Penyediaan Ayam:
    Perapkan ayam dengan serbuk paprika, garam dan lada.
    Masakkan ayam di dalam kuali ‘Grill’ sehingga masak.


    Cara-cara penyediaan Tumisan Lada Benggala:
    Tumiskan lada benggala hijau dan merah di kuali yang panas sehingga masak dah tidak hilang warna.
    Ubah suai rasa dengan garam dan lada.


    Cara-cara penyediaan Guacomole:
    Kacaukan avocado yang didadukan bersama dan jus lemon.
    Ubahsuai rasa dengan garam dan lada.


    Cara-cara penyediaan Salsa Tomato:
    Campurkan tomato dan daun ketumbar.
    Masukkan jus limau kasturi dan kacau sehingga sebati.
    Ubahsuai rasa dengan garam dan lada.


    Cara penyediaan Krim Masam:
    Kacau krim masakan dengan jus lemon sehingga krim menjadi pekat.


    Susunan Hidangan:
    Letakkan sekeping roti tortilla di dalam kuali leper dengan api yang kecil.
    Taburkan 2 sudu besar keju cheddar dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk guacamole dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk lada benggala merah dan hijau dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk salsa tomato dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk buah zaitun dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk bawang besar dengan rata.
    Taburkan ½ mangkuk ayam dengan rata.
    Tutupkan dengan 3 sudu besar keju cheddar dengan rata.
    Letakkan roti tortilla di atas.
    Ulang proses 2 hingga 10 sekali lagi.
    Letakkan roti tortilla di atas dan masukkan kedalam oven pada suhu 180C selama 5 minit atau sehingga keju di dalam cair dan roti tortilla menjadi garing.
    Potong kepada 6 bahagian, hidangkan 3 keping di atas pinggan dengan buah tomato ceri dan bunga daun ketumbar sebagai hiasan.
    Letakkan krim masam di mangkuk pencecah.


Resepi Sotong Sumbat Maggi bersama sambal Petai

0 comments

       
Resepi Sotong Sumbat Maggi bersama sambal Petai
 Oleh: Chef Muluk

Bahan-bahan:
       
1 bungkus Maggi 2 Minit Perencah Kari (direbus selama 3 minit, tos, gaul bersama perencah dan ketepikan)
 3 ekor (300gm)Sotong (saiz sederhana, dibersihkan)
 50gm Bawang Merah (ditumbuk halus)
  2 camca besar Minyak Jagung

        Bahan-bahan A:
        100gm Lobak Merah
        100gm Timun
        100gm Sengkuang
        * semua bahan dihiris halus 8 cm panjang

    Bahan-bahan B:
    1 bungkus Tumisan Sambal Tumis Maggi
    50gm Petai
    1 camca besar Jus Asam Jawa Pekat
    1 camca teh Gula
    250ml Air

    Cara-cara penyediaan:
  1.     Susun dan sumbat Bahan-bahan A dan maggi 2 minit perencah kari ke dalam sotong yang telah dibersihkan, goreng seketika di atas kuali hingga sotong masak, ketepikan.
  2. Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan Bahan-bahan B dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  3. Untuk hidangan, potong setiap ekor sotong kepada tiga bahagian, susun atas pinggan.Tuangkan kuah ke atas atau di sekeliling hirisan sotong.
    Hidangkan panas.

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes