HALWA MASKAT

CARA MEMBUAT HALWA MASKAT

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam
2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga mendap tepungnya, buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.
3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.
4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.
5. Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang2nya 4 jam. Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.
6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum baunya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for 

WordPress, Blogger...

Disclaimer @ Notification

All content and images on this Iresepi blog may not be copied, reproduced in other forms, transferred, printed, saved or reused. Each reference should give credit and / or reference to iresepi blog. Thank you once again any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person, or initiate a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not happen, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address, is commits an offense, action shall be taken in accordance with the Act ACT 588, COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
 
  • Resepi @ Online © 2012 | Designed by Iresepi, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes